Thursday, October 7, 2010

1o pEt@nDa si Dia j0doh kiTer !!!


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya...


+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile: tanx uncle!!!

Sunday, October 3, 2010

Mintak amp0nnn...

Entri ni khas buat pijot aka ijot de’ ithon d al ibukaki or nama yg mak kasik norhafizah sobri

Ahahahahaha....weh cam byk je dose ngn ko kn jot..ngeeeeeeeeeeeeeeeee3.org yg plg melampau aku gurau adalah ko la.napela malang naseb ko jot.hik3...sori la yeeeee... ntahla,ko je la kot yang senget leh paham gurau aku.

Lau org laen mesti da bentak2 kaki,baling2 pinggang, mkn2 plastik,cabut2 bulu lembu dan sebagainye.*ok tipu.

Hahahaha...tp xpela at least ko jgn amek ati.lau x,memang ak bako la ko jot.hihihi.weyhhh tp xsmp ati la kan.sbenanya syg gak aku kat ko..*jiwang.muahahahahaha...ye la ko nampak je kental padahal....lalalalalalala...sian lak aku nk cter.xpe2. ak xkn bukak pekung didadamu.*geli2

Weyh lau ak mntak tlong pe2 tu,harap maaf la eh.sbb ak mmg ske sgt menyusahkan ko.ak pon xtau nape.org len mmg ak ssh gler nk menyusahkan.hik3.ko je la kot yang paham.time kasih ye.semoga ko jd manusia yg cemerlang,gemilang dan terbilang.... =)))

inilah ijot...

p/s: sweet x aku jot??? Spe suh ckp aku jiwang...ahahahahahahahahaha


Monday, September 27, 2010

Umah tebukE... iJoT ,MaMai,NiK...


JEMPUT2 DATANG UMAH TEBUKE KAMI....MUAHAHAHAHAHA..cantik x?cantik x?cantik x?haruslah cantek bagi budak2 cam kami...muahahahaha...lau dak frsb tengok mesti gelak guling2... xpe walopon xseberapa tp agak comel kn.hasil tungkus lumus kami dpt gak siap rumah.*tungkus lumos sgt....yeay..rumah stengah jam.nampak cam rumah kan???ke ade yg nampak cam lembu?kerbau?ke gajah?semut???xde kan.hahahahahaha...da lulos la 2.lalalalalala

Sbenanya kami wat projek heat tuk present kames neh...wink2..tajuknye haruslah convection.so doakan kitorg bejaya...ngeh3....time kasih tuk pjot n mamai sbb sme2 wat umah .

ni xde tingkap lagi

ni da siap tp pe yg xde??

ni yg da lengkap...de lampu....oyeahhhhhh!!!!

p/s:teruja lebih...patutnye dl mintak architecture...*erkkkkkkkk.... xde bakat..

tadaaaa...

Saturday, September 25, 2010

Sy xleh tanpa awak.....


Awak sempurnakan hidup saya.awk tahu sejauh mne sy sygkan awk.sy xpnh cintakan laki sepenuh ati sy sblm ni.awk yg 1st n last.ntahla,awk yg bejaya buka ati saya,buka prasaan saya,buka emosi saya tuk cintakan manusia benama lelaki..

Awak pelengkap hidup saya.awk hilang jer ibarat dah ilang separuh jiwa saya.saya xtau nak gtau cne.mgkin xde yg akan faham prasaan saya.bile kita da cintakan sum1 smp satu tahap yang kita sendiri xleh ungkapkan.saya sgt sygkan awk.

Awk semangat saya,awk impian saya.awk cita2 saya n awk terlalu penting bagi saya..sy suke bila awk da rancangkan sume tentang kita.tentang hidup kita .tentang masa depan kita.detail sgt .sy tahu awk serius sbb tu awk bwk sy jump femli awak.sy sgt menghargai sume yg awk buat tuk hbngan kita.

sy tersgt bahagia ade disamping awak.xdpt digambarkan tahap bahagia tu.tuhan saja yang tahu.awk terlalu sempurna tuk saya.terlalu baik.terlalu penyayang,terlalu ambil berat,terlalu penyabar .sy xkn jump lelaki cam awk.n sy teramat sangat menghargai awk.Sy xkisah org nak ckp apa.dorg xth sbb dorg xduk keadaan kita.sy xshare ngn sape2 pon tentang kita.ckop juz kita berdua jer tahu sumenye.

Awak tunaikan sume pemintaan saya,kehendak saya,impian saya dengan sebaek mungkin.kadang2 saya tepiki.syg sy beruntung sgt saya jumpa awak,sy dpt knal awk n sy dpt cintakan awak.saya cam byk sgt buat slah kat awak..saya mintak maaf sgt syg.xde niat langsung pon tuk sy sakitkan ati awak or even kecilkan ati awk.sy xsempurna.tp awk terima ketidaksempurnaan saya seadanya .awk buat saya rasa sgt istimewa.

Dl kita bleh merajuk sampai seminggu,2 minggu n plg worst skali sebulan.tp awk tahu x,skarang lau kita da jauh sehari pon ,sy da rasa lost gler...truk kan.eh dl sy x pnh tepiki sy leh jd sampai ceni.dl lau kaple lau gaduh or even clash sy xpnh rasa sdh sgt.dl mmg xde perasaan lgsg sbb tu slalu tetanye2 ...npe org clash slalu frust gler2. sbb sblom ni sy xpnh serius becinta.xpnh langsong sbb tu saya xfhm kenapa perlu huru hara hidup klau da clash

Tp bila awk da merajuk sehari da ni...OMG!! tlong syg.jgn buat hidup saya ceni.sy tau awk kecik ati .tp saya tau pe2 jadi skali pon,kita akan peganng janji kita tapi saya xleh even sehari tanpa awak.n sy btol2 xleh.sy xleh tanpa awk.

Wednesday, September 22, 2010

aDeK aka NiK iDzNi DaLiLa

inilah dia

sempat je...adehhh

me n mysis *tetibe tggi.muahaha

me,him,dad(seyes dowh),mom,sis

bubye......


Adik da slamat terbang ke uk pg isnin ari2.semoga dia berbahagia disana...jgn lupe blackbery bold satu.... janji mest ditepati ye...oyeah3....

Ni je gamb yg ado.da letak lam fb cume nk taruk gak lam beloq tuk wat simpanan sendiri..tanx tuk azmawi ahamad sbb sudi mek cuti sbb nk tlong antakan akak dia jump adik dia kat epot.

N tuk my sista belaja rerajin k.pas abes nnt baru leh kawen..akak2 rmai lgi yg belom.jgn langkah bendullll..muahahahaha... 5 years to go.smoga sumenye dipermudahkan dan segala cita2 dpt dicapai.jg diri bebaiks.gud lak sisss....

p/s: jgn jd dokte yg nerd suda...muahahahaha...hey td de lab.xleh borak lelame.rjn2kn dr kol umah~~~~~ weluvyu~~~~

Thursday, September 16, 2010

Broga hill


layan pic dulu...ngeh3!!!

semput bai... byk rnr

ngn akak 1

ngn akak 2

ngn akak 3


ngn adik 1 jer

ngn pukuk

excited telampau

lastly bejaya menawan broga hill *padahal broga jek.ahahahaha

Raye ke 6 kami disambut penuh kemeriahan di broga hill...ahahahahaha...senget suda.xpe..yg penting best.teruja walopon semput nak nek tuh....ommak ai tahap kesemputan mmg sgt la dasyat...hahahahaha...budak 2 taun relek jer naek..ishhhhh

Rs cam org pregnan pon ade.loya+nak muntah+pening+semput+mengah=stamina x ckop. Dibantu oleh lelemak byk yg dibuat dan diadun sebati raye petama n kedua aritu...addehhhhh... tp dengan keazaman ,kegigihan dan ketekunan yang tggi,berkat usaha kuat saye tanpa rasa jemu dan xlupe doa dr ibu bapa penjaga tercinta,sy bejaya kepuncak jaya.muahahahahaha *over...uh uh uh...

Xkisahla.yg pntg enjoy.gamb da upload kat fb.time kasih kepada lighting yang membantu mencerahkan saye...muahahahahahaha......pencahayaan di broga terbaek la.xyh edit2 da.buh frame jek...kakakakakaka =))) ok sume ...daaaaa

p/s kpd kaum hawa: korunk nk nek nnt bawak la bakal suami ek.bia dorunk tgk korunk peluh2.mekup komfem cair n yg paling penting bau harusla semerbak kucim yg xde penjaga...ahahahahahaha... lau dorunk leh time korunk mksudnye ok la tuh.lau dia rejek pas naik broga,cr yg laen ek...muahahahahaha.tadaaaaaa

S@yA + rAYe...

ni gamb raya saya jer...muahahahahaha...

ni bkn saya...ahahahaha

SLAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR BATIN.SEMOGA RAYA NI BG 1001 MAKNE TUK SUME!!! =))